PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG:

Kesihatan diri merupakan harta yang amat berharga, namun masih ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang kronik tenat. Ramai juga yang tidak menyedari, malah tidak tahu akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit kronik dan tenat seperti kanser,penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain ialah kerana tidak memakan makanan yang seimbang dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang melakukan aktiviti bersenam atau bersukan. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
APAKAH MAKANAN SEIMBANG?
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan